BIBLIOGRAFI PENGASAS PADEPOKAN NUR SYAHAR ENTERPRISE, GUN SPIRITUAL & CONSULTATION CENTRE DAN PENGASAS PERTUBUHAN SPIRITUAL MALAYSIA Tok Mahaguru Sejagad Alam atau Syafiullah atau Syeikh Maulana Fikri Syah atau Raden Indera Kesukma atau Prabu Bramusjati atau Syeikh Maulana Fikri Syah atau Tabib Maulana Fikri atau Pangeran Ki Auliya Fikri atau Raden Ki Singa Barong adalah anak kelahiran Klang, Malaysia. Beliau mempunyai susur galur keturunan dari kepulauan Jawa dan juga Sulawesi Serta Arab. Malah gelaran Prabu Bramusjati adalah pemberian dari Prabu Brawijaya yang mana moyang beliau. Melalui pencerahan batin yang beliau alami, beliau mendapat tahu bahawa beliau adalah keturunan diraja kerajaan Jawa Timur ke-35 melalui moyang beliau yang bernama Raden Indra Aryadi Bin Raden Arsya Mujowi. Ibu kepada Datuk Prabu Bramusjati adalah berketurunan raja di Indonesia dan ada hubungan denga...